Balai Berita

2023

November 2023

November 10

10 November 2023 Press Release | Savings
TH Raih Pengiktirafan Terbaik Anugerah Inovasi Sektor Awam 2023

KUALA LUMPUR, 10 NOVEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) telah diiktiraf sebagai Penerima Terbaik Trek Sosial Anugerah Inovasi Sektor Awam bagi projek yang berimpak tinggi untuk inisiatif perkhidmatan digital THiJARI.

November 02

2 November 2023 Press Release | Hajj
Jumlah Jemaah Haji Tolak Bantuan Kewangan Haji Meningkat

KUALA LUMPUR, 2 NOVEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini meraikan sebahagian daripada jemaah haji musim 1443H dan 1444H yang telah menolak Bantuan Kewangan Haji dalam usaha mendapatkan haji mabrur dan juga selari dengan syarat istito’ah bagi rukun Islam ke-lima.

October 2023

October 25

25 October 2023 Press Release | Hajj
TH Lancar Aplikasi E-Bimbingan Di Majlis Penutup Muzakarah

SEPANG, 25 OKTOBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini meneruskan usaha digitalisasinya dengan melancarkan aplikasi e-bimbingan Haji bagi memudahkan urusan pembelajaran bakal jemaah haji termasuklah petugas haji serta Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA).

October 21

21 October 2023 Press Release | Corporate
Waspada Taktik Baharu 'Scammer'

KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER 2023 : Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh ‘scammer’.

October 05

5 October 2023 Press Release | Corporate
TH Sumbang Setengah Juta Kepada Universiti Malaysia Sabah

KOTA KINABALU, 5 OKTOBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyalurkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Program Iqra IPTA 2023 bagi membantu meringankan beban kewangan dan memudahkan urusan mahasiswa berstatus B40 atau asnaf.

October 02

2 October 2023 Press Release | Hajj
TH Hargai Sumbangan Semua Petugas Dan Agensi Menjayakan Operasi Haji

KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2023: Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1444Hijrah yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebagai tanda kesyukuran atas hasil kejayaan TH, agensi agensi kerajaan, swasta dan rakan-rakan strategiknya dalam menguruskan operasi haji pada tahun ini.

September 2023

September 29

29 September 2023 Press Release | Corporate
TH dan Kementerian Kewangan akan Mula Perbincangan

Kuala Lumpur, 29 September 2023: Merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri berkaitan pemindahan semula aset-aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada Kementerian Kewangan pada 2018.

September 29

29 September 2023 Press Release | Corporate
PM Lancar Ulang Tahun TH Ke-60

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2023: YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Lembaga Tabung Haji (TH) yang ke-60 bagi meraikan enam dekad pencapaian TH sebagai sebuah institusi pengurusan haji yang unik di dunia.

September 16

16 September 2023 Press Release | Corporate
TH Beri Tiga Van Untuk Program Mobiliti Di Sarawak

KUCHING, 16 SEPTEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang dua buah van jenazah dan sebuah van penumpang kepada Masjid Darul Halim, Masjid Ar Rahmah dan Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh di Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH Tahun 2023 peringkat Negeri Sarawak.

September 14

14 September 2023 Press Release | Corporate
TH Sumbang Van Jenazah Di Sabah

TENOM, 14 SEPTEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang kenderaan van jenazah kepada Masjid Ar Rahim Kampung Jawa, Melalap, Tenom, Sabah di Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH Tahun 2023 peringkat Negeri Sabah.