Balai Berita

2023

September 2023

September 11

11 September 2023 Press Release | Hajj
Program Hishaj Rapatkan Ukhwah Jemaah Haji dan TH

SHAH ALAM, 9 SEPTEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengadakan program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ) secara berperingkat di seluruh negara bagi mengekalkan semangat kemabruran haji selain merapatkan ukhwah di kalangan jemaah haji musim 1444H.

September 11

11 September 2023 Press Release | Corporate
TH Perkenal Perlindungan Takaful, TH Khairat

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan ‘TH Khairat’ iaitu perlindungan takaful sebanyak RM12,000 kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal ke atas pendeposit TH dengan langganan tahunan serendah RM28 sahaja.

August 2023

August 24

24 August 2023 Press Release | Corporate
Satu Sekolah Buka Akaun TH

KINABATANGAN, SABAH, 24 OGOS 2023: Semua murid, guru dan kakitangan Islam Sekolah Paris 3 berjumlah 478 orang telah membuka akaun simpanan TH untuk menunaikan fardu haji yang merupakan objektif utama pendeposit TH.

August 16

16 August 2023 Press Release | Corporate
Setengah Juta Zakat TH Bantu 500 Pelajar SPM di Lima Negeri

KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyumbang RM500,000 bagi membantu seramai 500 pelajar dari golongan kurang berkemampuan seluruh negara membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

August 01

1 August 2023 Press Release | Hajj
Penerbangan Akhir Bawa 270 Jemaah Haji Selamat Mendarat di KLIA

SEPANG, 1 OGOS 2023: Operasi Haji Musim 1444H/2023M telah berakhir dengan rasminya apabila kumpulan akhir jemaah haji Malaysia seramai 270 orang telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat MH 8391 pada jam 1.15 tengahari hari ini.

July 2023

July 05

5 July 2023 Press Release | Hajj
Kepulangan 280 Jemaah Haji Kumpulan Pertama Tiba Di KLIA

SEPANG, 5 JULAI 2023 : Kumpulan pertama yang terdiri daripada 280 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam hari ini menerusi penerbangan AMAL by Malaysia Airlines (MH 8261) yang telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz (KAIA) Jeddah pada jam 7.15 pagi (waktu Arab Saudi) pada hari yang sama.

July 01

1 July 2023 Press Release | Hajj
Arab Saudi Iktiraf Perkhidmatan Terbaik TH

Makkah, 1 Julai 2023. Kerajaan Arab Saudi sekali lagi mengiktiraf Lembaga Tabung Haji (TH) apabila menyampaikan Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Urusan Haji.

June 2023

June 30

30 June 2023 Press Release | Hajj
TH Utamakan Kebajikan dan Keselamatan Jemaah Haji

MAKKAH, 29 Jun 2023 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan pihaknya tidak bertindak balas ke atas semua rungutan dan aduan kerosakan yang berlaku berkaitan dengan khemah di Mina, sebaliknya pihak TH sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselamatan semua jemaah haji Malaysia.

June 20

20 June 2023 Press Release | Corporate
TH Terus Perkukuh Keselamatan Perkhidmatan Digital

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2023 : Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa meneruskan usaha untuk memperkukuhkan keselamatan perkhidmatan digitalnya dengan menambahbaik kawalan teknologi demi keselesaan dan keselamatan urusan kewangan pendeposit.

June 16

16 June 2023 Press Release | Corporate
Sumbangan TH Bakal Beri Manfaat 700 Penduduk Islam Di Dua Perkampungan Daerah Kota Belud, Sabah

KUALA LUMPUR, 16 JUN 2023 : Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan sumbangan untuk membina surau dan menaik taraf masjid yang akan memberi manfaat kepada 700 orang penduduk Islam di Kampung Narinang dan Kampung Menunggui di Daerah Kota Belud, Sabah.