
Latest Issues
Thursday, 19 June 2025
TH bersama Takaful Malaysia pada hari ini, 19 Jun 2025, telah menziarahi keluarga Allahyarhamah Nik Amni Nadiah binti Nor Zabir, salah seorang mangsa nahas bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di kediaman keluarga tersebut di Besut, Terengganu.
Dalam kunjungan tersebut, TH dan Takaful Malaysia telah menyerahkan manfaat tuntutan berjumlah RM12,000 kepada keluarga Allahyarhamah, hasil daripada langganan TH Khairat yang telah dibuat semasa hayatnya.
TH telah diwakili oleh Haji Nizan Johar Abdul Wahab, Pengarah TH Negeri Terengganu, manakala Takaful Malaysia diwakili oleh Encik Ariff Azhan Abd Ghani, Ketua Perkongsian Runcit. TH mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
