TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN NEGERI SABAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah lebih RM1 juta bagi tahun Kewangan 2014 kepada Pusat Zakat Sabah dalam satu majlis ringkas di Istana Negeri Kota Kinabalu.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah.