TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM1.5 JUTA KEPADA PUSAT ZAKAT MELAKA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.5 juta bagi tahun 2014 kepada Pusat Zakat Melaka (PZM) dalam satu majlis di Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Yaakob.